Tuesday 15 May 2012

Slideshare Presentation Pengangkutan Awam ( Bas )

Video Inovasi Bas di China .


            Video ini menunjukkan bas yang terdapat di negara China . Bas tersebut mempunyai ketinggian sebanyak 2 meter . Bas ini bergerak di jalan raya bersama kenderaan kenderaan lain dan mampu menampung jumlah penumpang yang sangat ramai .

Artikel Berkaitan Pengangkutan Awam


Pengangkutan merujuk kepada kenderaan yang membawa seseorang atau sesuatu dari satu tempat ke satu tempat yang lain, biasanya pada jarak yang jauh berbanding jika berjalan kaki. Sistem pengangkutan biasanya boleh dibahagi kepada beberapa pembahagian bergantung kepada cara ia bergerak, kuasa, dan lain-lain. Antara pembahagian yang biasa adalah :
·         Pengangkutan darat
·         Pengangkutan laut
·         Pengangkutan udara

Jenis pengangkutan juga dikira seperti :
·         Pengangkutan manusia umum
·         Individu
·         Pengangkutan kargo

Contoh-contoh bentuk pengangkutan ialah kapal terbang, kapal, kereta, bas dan kereta api.





Pengangkutan awam atau transit awam merangkumi segala sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri.Meskipun istilah-istilah tersebut secara amnya dianggap sebagai termasuk perkhidmatan rel dan bas, definasi yang lebih luas boleh merangkumi perkhidmatan penerbangan berjadual, feri, teksi dsb. — mana-mana sistem yang mengangkut orang awam. Satu lagi batasan lanjut yang kadang-kadang dikenakan adalah bahawa pengangkutan itu sepatutnya dijalankan dalam kenderaan yang sentiasa dikongsi, maka terkecualinya teksi yang bukan kongsi tumpang.

Pengangkutan awam biasanya dikawal sebagai pengangkutan umum dan biasanya dikonfigurasi untuk menawarkan perkhidmatan berjadual dalam laluan tetap tanpa penempahan.Kebanyakan penumpang transit bergerak dalam lingkungan kawasan tempatan di antara rumah mereka dan tempat kerja, beli-belah atau pendidikan.



Contohnya seperti monorel.

Cubaan untuk mencipta monorel sebagai alternatif kepada kereta api konvensional dilakukan sejak penghujung abad ke-19. Rekaan terawal menggunakan landasan logam berongga kembar sebagai alternatif kepada rel berkembar bagi kereta api konvensional. Roda-roda pada landasan memandu dan menyokong gerabak monorel.Monorel tergantung yang kekal sehingga hari ini ialah monorel Schwebebahn Wuppertal.Memasuki era 1900an, monorel giroskopik, dengan gerabak diseimbangkan secara giroskopik di atas landasan tunggal, sudah diuji tetapi tidak dibangunkan selepas peringkat prototaip. Sistem monorel Ewing yang digunakan oleh Sistem Kereta Api Monorel Negeri Patiala di Punjab, India, bergantung kepada model hibrid dengan landasan tunggal yang menampung beban serta roda luaran untuk keseimbangan.















Gambar Menarik Inovasi Pengangkutan Awam (Bas)